Tuesday 29 November 2016

The Reality

Some people always like to blame themselves or start to blame people around them as soon as anything bad happens. Betul tak?? yup almost every time kan..

Sama macam coding, apabila anything error or problem muncul, kita tak boleh nak salahkan sesiapa, betul tak?? But we must take a break, talk to ourself and think what we have done before. Kita tak boleh nak menunding jari bahawa computer ataupun program tu yang membuatkan coding kita tu salah (but sometime adalah jugak kan, computer ataupun system ni buat hal, itu tak dapat dinafikan), tapi how we plan to coding itu yang kita kena telitikan balik. "Betul ke coding aku ni???" macam gitu baru betul. 



So if we have some error when we run our coding, we must check line by line (every single line) apa yang membuatkan result kita tu error, betul tak?? so klau tak jumpa, menangis dalm sendu la jawabnya..hihi.. Sso kalau dah buntu sangat, jangan dipaksa otak tu, nanti kan ada pulak yang gelak sorang-sorang dalam bilik nanti, hihi. Jangan buat-buat pandai, so tanyalah yang pakar, misalnya our lecturers ker, our friends ke or en google ker,, atau sesiapa yang boleh bantu korang.


Apa yang nak disampaikan kat sini sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat nak lari dari sebarang masalah. Masalah kesihatan, masalah dengan kawan, masalah jiwa dan lain-lain lagi masalah. Dan bila kita ada masalah jangan pulak kita nak marah-marah atau nak salahkan oarang lain pulak. Tak ada gunanya. Cuba untuk duduk bertenang, cuba muhasabah diri balik, apa yang kita dah buat sebelum ni yang membuatkan kita mendapat masalah tersebut.

Sebagai seorang muslim, YES! we must SABR, sabar dengan sebaik-baik sabar, dan anggaplah masalah itu sebagai ujian untuk kita ataupun ia adalah sebagai kaffarah dosa. Perbanyakkan mengingati Allah dan beristighfar.

Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, “Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya:
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat". (Surah An-Nasr: 3)

Jangan pernah putus asa untuk mencari solusi


Alhamdulillah, 80% sudah siap, nak menangis pun ada rasa, tapi cuba jugak untuk senyum.. dalam kesibukan yang tak menetu ini. sempat juga diri ini jadi urusetia untuk program cuti sekolah, insyaAllah dilain masa jika ada peluang lagi, insyaAllah  akan berkongsi pengalaman berprogram dengan ana-anak syurga ni, InsyaALLAH..

Thursday 24 November 2016

Nafas Baru


Sambil menghirup secawan coklat panas, kepala aku ligat memikirkan sesuatu, mungkin lebih tepat dengan perkataan mengimbau. "Alhamdulillah, yey.. aku dah graduated".. hatiku separuh menjerit. Tetiba jiwaku rasa sebak dan sesak, dan aku tak dapat nak membendung lagi air mata yang akhirnya jatuh jua.

Keluarnya aku dari dewan, aku kuatkan jua langkahku, aku tahu aku tidak kuat untuk melangkah. Mataku hanya tertumpu kepada sahabatku sahaja, sedangkan mata-mata lain melilau pandangan mereka mencari family masing-masing.



Aku tahu, dan aku sedar bahawa selangkah aku keluar dari dewan tiada siapa yang menungguku bahkan menanti-nanti kehadiranku. aku hanya mampu fokus kepada kelibat sahabatku sahaja. Sehinggalah ada yang menepuk bahunya,, "Aishah!!" separuh terkejut sahabatku itu. Rupa-rupanya abang sulungnya yang menyapa. Setengah jam juga kami mencari-cari keluarga aishah, disebabkan telefon tidak bersama kami, jadi kami menghadapi masalah untuk menjejak kedudukan familynya.

Terik mentari makin meninggi, dan aku mula rasa berpeluh dan mukaku rasa hangat dan perit. Sempat juga hatiku mengeluh "huhu,,, habislah lepas ni,, sunburn teruk muka nnt, dah lah muka tak cerah mana, makin gelap la jawabnya.."

semasa aku sibuk bersalam dengan saudara maranya, sempat aku menoleh belakang, dan aku tertunduk malu dan segan,, "Nah bunga untuk aishah.. Tahniah aishah" kakaknya memberi sejambak bunga yang terisi dalamnya penuh dengan coklat-coklat. "kenapalah aku ada dekat sini, aku ni menyibuk jer!!" rasa nak lari dari situasi tu. Tak lama lepas tu, kakaknya tadi memanggilku dan menghulurkan sejambak bunga yang dalamnya penuh dengan coklat-coklat, aku rasa macam nak nangis, lepastu aku ucap terima kasih, dan dia terus peluk dan berbisik kepadaku,"Tahniah farhana!!"



Bukan satu bunga yang aku dapat, bukan dua tapi tiga jambak. terharu yang amat. Dua jamabak dari family aisah, satu dari pensyarahku. Terima Kaih semua..

Sesampainya aku dibilik, aku terus menelefon abah, " Abah..... Terima Kaih atas segala-galanya,," Air mataku mula jatuh dan aku tidak tahu kenapa ia makin deras. "Tahniah!! abah bukan tak nak pergi, tapi kalau abah cerita, semua akan nangis pulak.." Aku tahu, dan aku redha, kerana kesihatan ayahku yang tidak mengizinkannya untuk datang melihat anak bongsunya ini menerima segulung ijazah diatas pentas. Aku akui itu. Dan walaupun jiwaku sedih, tapi aku cuba untuk kuat, kuat untuk ibu bapaku... dan kejayaan ini adalah khas buat mereka berdua.

Segulung ijazah ini bukan titik noktahku, insyaALLAH aku akn terus melangkah selagi aku masih punya kekuatan itu, bukan pangkat yang aku kejar, tetapi sumbangan ilmu itu yang menjadi cita-citaku. 

Sempat seorang sahabatku menceriakan suasana, "Nanti kalau ana dah sambung master 'bakal zauj' nanti susahlah nak masuk minang ana." "kenapa pulak mcm tu???" aku kehairanan. "yelah, ana kan master, lainlah kalau bakal zauj tu lebih dari ana.." Aku tersenyum.. Aku ni, master pun belum tentu lepas, ni baru je register.



Sejujurnya, dalam memilih teman hidup, aku langsung tidak memandang kepada ketinggian, rupa, pangkat dan harta. tapi cukuplah dengan agamanya yang dapat membahagiakan aku. tidak kisah jika ia adalah seorang pengembala kambing sekalipun, yang dia dan keluarganya dapat menerima kekurangan dan kelebihanku. yang betul-betul ikhlas untuk jadikan aku suri hatinya...

Keesokan harinya, setibanya aishah dirumah setelah sehari bersama keluarganya di KL, Aishah sempat berbisik kepadaku yang maknya berkenan dengan aku untuk dijadikan anak angkat, mak dia kata aku pandai melayan orang tua.. huhu, aku tidaklah berapa pandai sebenarnya, banyak lagi yang aku perlu belajar, tetapi aku cuba utk terapkan apa yang ayah dan ibuku ajar kepadaku..
Alhamdulillah, jika itu yang dirasakan dan diperkatakan oleh beliau. Katanya lagi, "kalaulah abang hang tu tak ada calon lagi, mak nak je calonkan dia dengan abang hang.." Huhu, aku hanya mampu diam dan tersengih shj,, terkedu sebenarnya.

Apa-apa pun terima kasih aishah sekeluarga sebab layan farhana macam sebahagian keluarga kalian.

Sunday 5 June 2016

Aku


"Ya Rabb, tidak apa jika aku tidak menikah dengan lelaki yang kucintai. Tetapi, cintakanlah aku pada lelaki yang Kau putuskan untuk menikahiku. Hingga tak sebutir lubangpun di hatiku yang terisi oleh nama lain, seindah apapun kisahnya. Dan cintakanlah dia pada-Mu, lalu padaku."
— 
(via jagungrebus)

Pernahkah kau jatuh cinta pada seseorang, tetapi ada rasa tidak ingin menggenggamnya, tak ingin mengikatnya. Bahkan ketika kau tau tahu, memilikinya adalah niscaya, tapi kau tak peduli. Kau tetap saja menaruh dia di sebagian besar hatimu, membiarkan rasa itu ada, mungkin terus tumbuh dan bertambah. Tetap, tanpa kau ingin dia tahu, kalau kau ada. pernahkah?
— aku bodoh? terserah. Tapi begitulah… Aku hanya percaya Tuhan, Ia tak akan salah memberi. (via rantingkecil)
--------------

Setelah sekian lama aku berjuang menjaga hati ini.
dan sekian lama aku menepis semua perasaan,
walau aku terpaksa derita
sehingga sering kali air mataku jatuh tanpa diseka dihadapan Tuhan

aku kuatkan diri untuk berdiri,
dan kali ini dengan izin Tuhan aku membuka hatiku ketika cinta datang mengetuk,
aku taruhkan harapan,
hari-hariku berbunga mekar.
tapi aku takut, takut bila cinta itu hanya aku sahaja yang rasa.
aku beranikan diri untuk kedepan, 
menghadirkan rasa ini dan melafazkan..

tapi yang ku dapat adalah rasa itu hanya pada aku seorang,
tekaanku salah.
aku cuba kuat, dan terus kuat,
seolah tiada apa yang terjadi padaku..

dan sekarang ini mungkin sudah sampai waktunya untukku menutup kembali pintu hatiku ini dari perasaan cinta yang harapannya tidak mungkin untukku.
kerna aku takut harapan yang ku taruhkan semakin tinggi akhirnya aku jatuh dari tinggi nya harapan itu,
sakit..

Dan mungkin aku senang begini seperti dulu, hanya aku dan Tuhan..
Aku akan terus menunggu dan menunggu bila sampai waktu yang diizinkan Tuhan untuk dia yang diizinkan Tuhan untuk datang melamar hatiku,
dan aku akan menjaga diriku, menjaga hatiku..
Aku hanya percaya Tuhan, Ia tak akan salah memberi.

Dan aku akan terus berdoa dan berdoa.. dan aku serahkan segalanya kepada Tuhan.

Dalam Diam


Biarlah aku disini begini, sehingga sampai waktu yang diizinkan Tuhan..
Biarlah aku menjadi orang yang setia menjagamu dengan doa.
Biarlah aku menjadi orang yang mengagumi senyummu dari jauh.
Selagi aku masih ada disini.
Selagi hati ini masih belum mampu melupakanmu.
Sehingga waktu yang diizinkan Tuhan. =)
— (via penulisbuta)
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com